Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat kepada 5,736 Kes

By 3 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara mencatatkan angka melepasi 5,000 untuk dua hari berturut-turut apabila merekodkan 5,736 kes semalam dan 5,566 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,882,060.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu semalam, sebanyak 46 melibatkan kategori tiga, empat serta lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

“Daripada kes hari ini (Rabu) juga, sebanyak 183 adalah kes import dan 5,553 kes tempatan manakala 112 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,196 pesakit dilaporkan pulih semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 2,790,386.

Beliau juga berkata lapan kluster baharu direkodkan dengan 322 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata Rt negara berada pada paras 1.15 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.29 diikuti Putrajaya (1.21) dan Johor (1.17) setakat kelmarin.

Katanya maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda