Laporan/foto: Mohd Irman Yusoff (Pahang)
TEMERLOH, 16 Feb (Malaysiaaktif) – SuruhanJaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang komited dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat akan fungsi dan konsep koperasi dalam usaha membina ekonomi masyarakat.
Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Timur Haslinda Sujak berkata SKM bergerak melalui program Turun Padang ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 2022 bagi tujuan itu.
“Antara yang dikongsikan sempena program kali ini adalah kepentingan Mesyuarat Agong, yang mana kesempatan ketika bermesyuarat adalah amat penting bagi ahli menyuarakan pendapat dan keinginan mereka selain menitikberatkan kepentingan utama koperasi sebagai tunjang ekonomi masyarakat,” katanya.
Program ini dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia Zon Timur ini bersempena 100 tahun Koperasi Malaysia dan acara kemuncaknya akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
-ZS-