Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Jaitripta Kaur (Port Dickson)
PORT DICKSON, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Pembukaan Pasar Tani @ Medan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) Batu Empat Port Dickson telah kembali beroperasi bermula hari ini pada setiap hari Ahad.
Pembukaan pasar tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Port Dickson ini merupakan satu inisiatif bagi memberikan peluang dan ruang kepada para usahawan dalam menjana pendapatan serta membantu peniaga untuk mempromosikan barangan jualan kepada masyarakat setempat.
Antara jualan yang disediakan ialah jualan sayuran dan buahan, barang basah seperti ayam, ikan dan udang serta pelbagai produk Industri Kecil Sederhana (IKS).
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Datuk Haji Tun Hairuddin Abu Bakar yang berkesempatan menyantuni pengunjung dan peniaga.
-ZS-