Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penduduk Kampung Kua Akur Arahan Berpindah

By 27 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Hujan yang semakin lebat turun di Hulu Terengganu telah mengakibatkan semakin ramai mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sehingga pukul 2.00 petang, sejumlah 1,643 orang mangsa banjir melibatkan 604 keluarga berada di 23 pusat pemindahan setelah diarahkan berpindah akibat banjir.

Penduduk di kawasan ini sentiasa peka pada perkembangan semasa berkaitan keadaan banjir dan berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda