Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Masyarakat Labuan Perlu Pelihara Tradisi Budaya

By 27 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Masyarakat khususnya di Labuan perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara warisan serta tradisi budaya masing-masing.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, tanggungjawab itu penting untuk diteruskan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk generasi yang akan datang.

“Saya menyeru semua pihak perlu bekerjasama memelihara dan mengekalkan warisan seni dan budaya demi generasi masa hadapan,” katanya semasa merasmikan Program Semarak@Muzium Wilayah Labuan 2022, semalam.

Program itu juga katanya menjadikan muzium sebagai sebuah institusi yang mendidik masyarakat mengenal dan memelihara warisan sejarah serta budaya bangsa bertepatan dengan Dasar Kebudayaan Negara 2021 yang dilancarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda