Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) adalah merupakan sebuah pusat yang menyediakan kesalinghubungan dan penyokong ekonomi digital komuniti setempat.
Di samping itu, ianya juga dapat memperkasakan dan melatih masyarakat untuk celik digital selain dapat membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan melalui platform e-dagang secara dalam talian.
Penolong Pengurus PEDi Keluarga Malaysia daerah Rembau Hafizan Mohamad, berkata pusat ini mempunyai fasiliti sebanyak 20 unit komputer dan juga sebuah bilik latihan yang ditawarkan kepada masyarakat khususnya usahawan digital.
PEDi Keluarga Malaysia daerah Rembau yang bertempat di Taman Salam Nadiah, Kota bakal beroperasi dan dibuka kepada orang ramai dalam jangka masa yang terdekat.
-ZS-