Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Pride Student Manfaatkan 238,000 Pelajar

By 23 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul

KUANTAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Pahang Pride Student menjadi Produk Kebanggaan Pahang yang ketiga dilancarkan khusus untuk rakyat negeri Pahang melalui Bajet Negeri Pahang 2022.

Produk ini merupakan program bantuan untuk pelajar sekolah dan terbahagi kepada dua kategori bantuan iaitu yang pertama, pemberian kad diskaun 20% kepada Ketua Isi Rumah Kategori B40 dan M40 untuk membeli barangan persekolahan di MBS Book & Stationaries dan kedua, Kerajaan Negeri akan memberi RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian set alat keperluan persekolahan.

Majlis pelancaran program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang , YB. Datuk Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abdul Razak mewakili Menteri Besar Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda