Laporan/foto: Yusmila Yusof/Sazli Hassan (Sik)
SIK, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Berikutan jumlah tunggakan kes pusaka dan permohonan semasa yang meningkat setiap tahun amatlah membimbangkan dan amat memahami isu harta pusaka adalah satu isu dekat di hati rakyat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengambil langkah proaktif dengan melancarkan program Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka.
Menurut menteri KeTSA, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, program yang diadakan di Sik, Kedah bertujuan memberi konsultasi dan penerangan mengenai kaedah pengurusan harta pusaka kepada pelanggan dan orang awam yang hadir.
“KeTSA juga berharap kerjasama erat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dalam penyelesaian isu harta pusaka ini dapat mengurangkan tunggakan kes pembahagiaan pusaka di Negeri Kedah dengan kadar segera.”
-ZS-