Skip to main content
HomeKedahMA

182 Kanak-Kanak Terima Vaksin Di Sik

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Dr Noorul Emilin Abdul Khalid (Sik)

SIK, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 182 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di sini yang bermula 10 Februari.

Menurut Penyelaras PICKids Sik, Dr Noorul Emilin, vaksin yang digunakan berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi serta melindungi kanak-kanak daripada COVID-19.

Ibu bapa turut memberi sokongan kepada anak-anak yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ibu bapa turut memberi sokongan kepada anak-anak yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan, bersifat sementara dan boleh sembuh dalam masa beberapa hari dengan atau tanpa memerlukan rawatan.

“Vaksinasi membolehkan kanak-kanak bersosial dengan selamat di luar rumah, sekolah serta memastikan risiko jangkitan di sekolah dikurangkan, seterusnya mencegah kejadian kluster dalam kalangan warga sekolah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda