Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PICKids PPV WTCKL BerKonsepkan ‘Kids Friendly’

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Malaysiaaktif) – PICKids di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) meriah dengan pelbagai gelagat kanak-kanak yang mencuit hati.

Ada yang berani, ada yang menangis serta ada juga yang cuba melarikan diri sebaik sahaja mendekati stesen pemberian vaksin.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati faktor utama PPV mega ini menjadi pilihan utama kebanyakan ibubapa sekitar Lembah Klang kerana lokasinya strategik dan ‘kids friendly’.

“Ibubapa harus menyahut seruan Kerajaan ini memastikan anak-anak mereka mendapatkan perlindungan optimum terhadap COVID-19,” seru Pengurus PPV WTCKL, Dr. Sharanjit Kaur.

PPV WTCKL mencapai sasaran kadar penerima vaksin harian sebanyak 100 peratus bagi pelaksanaan PICKids sejak 3 Februari lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda