Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Leypark Station Dataran Sejarah Ayer Keroh Jana Pendapatan Peniaga

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Bagai satu rahmat kepada peniaga selepas lebih dua tahun melalui suasana mencabar akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, kini mereka telah dibenarkan beroperasi kembali.

Insiatif terbaru Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan Leypark Station membawa tranformasi baru kepada landskap Ayer Keroh waktu malam yang sebelum ini sunyi, bertukar meriah dengan tapak perniagaan dan aktiviti riadah.

Menurut YDP MPHTJ, Datuk Shahdan Othman melalui Rancangan Kawasan Khas (RKK) Zon Pelancongan Ayer Keroh, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini.

“Di samping menjana pendapatan perniaga di sini juga dijadikan pusat riadah bersama keluarga, dan produk pelancongan baru di Negari Melaka dan sudah tentu merancak kembali ekonomi masyarakat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda