Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Ismail Sabri Ucap Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022

By 1 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.

Menerusi catatan di Facebook beliau berkata Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara, tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

“Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke-50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.

“Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera!” katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-18, sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974, manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda