Laporan/foto: Azuraini Abd Majid (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Dengan sasaran 540 ribu suntikan sehingga 15 Mac nanti, PPV WTCKL menjadi pilihan utama warga Lembah Klang khususnya bagi penerima vaksin AstraZeneca (AZ) sejak 15 Januari lalu.
Terdapat pelbagai kemudahan antaranya, kaunter Helpdesk serta Laluan Khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas di samping layanan mesra para petugas.
“Kita juga menyediakan ‘Calm Room’ untuk penghidap Gangguan Spektrum Autisme, Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder) dan Serangan Panik (Panic Attack) serta bilik perubatan khas untuk sebarang kes kecemasan di PPV Mega ini,” jelas Pengurus PPV WTCKL, Dr. Sharanjit Kaur mengenai kelainan PPV ini berbanding yang lain.
-ZS-