Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

BM Best Cendol Pemanis Mulut Pilihan Warga Bukit Mertajam

By 18 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abd. Ghani (Pulau Pinang)

BUKIT MERTAJAM, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Bicara soal makanan, Pulau Pinang sememangnya dikenali antara negeri yang menyajikan makanan yang sedap, enak dan menarik untuk dinikmati. Pendek kata, biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapannya.

Pelbagai pilihan makanan yang dapat dirasai sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang. Sememangnya Nasi kandar dan Char Koew Teow merupakan ikonik kepada Negeri Pulau Mutiara namun anda juga boleh menikmati pelbagai makanan lain.

Jika anda berkunjung di Bukit Mertajam, sebuah bandar terletak di Seberang Perai Tengah, anda perlu mencuba pemanis mulut di BM Best Cendol. Lokasi gerai cendol ini terletak di Jalan Danby, Bukit Mertajam berhampiran Pasar Awam Bukit Mertajam. Waktu operasi gerai ini adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 5 petang.

Menurut Wahida Maideen, menantu kepada pemilik BM Best Cendol, perniagaan ini telah diusahakan selama lebih 60 tahun dan diturunkan kepada tiga generasi sehingga kini. Sambutan daripada pengunjung tidak berubah dan masih sama seperti dahulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda