Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IPD Shah Alam, KDN Selangor Laksana Pemantauan Pematuhan SOP

By 18 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Syafiq Mohamad Saleh/Nik Noor Fatin Fatihah Nik Hasri (Shah Alam)

SHAH ALAM, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor melaksanakan operasi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan pengusaha dan pengunjung premis sekitar bandar Shah Alam.

Menurut Inspektor Muhamad Ridzuan, operasi dilaksanakan setiap hari dan kompaun dikeluarkan kepada individu yang gagal mematuhi SOP.

Katanya, kesalahan utama yang dikesan adalah kegagalan mendaftar masuk kod QR MySejahtera.

Beliau menyarankan pengusaha premis dan pengunjung agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda