Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Kebitaraan LPNM Negeri Terengganu

By 20 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: RA Othman (Marang)

MARANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd hari ini melancarkan Program Kebitaraan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi peringkat Negeri Terengganu bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Kampung Pulau Kerengga, Marang.

Program ini merupakan Projek Transformasi Teknologi dan Pengurusan Tanaman Nanas yang dilaksanakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknologi penanaman nanas menggunakan ‘polybag’ yang boleh memberi pulangan dan manfaat kepada komuniti setempat selain mengindahkan lanskap kawasan sekitar.

Antara pencapaian program ini adalah berjaya menetapkan lima (5) lokasi projek di Terengganu iaitu di Istana Nur Nadhirah, Pejabat MARDI Manir, Pejabat FAMA Daerah Besut dan stesen pertanian Hulu Paka, Kemaman selain di PERKAYA.

-ZS-

Tinggalkan komen anda