Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Mangsa banjir di Jelebu memanfaatkan Program MEKAR Prihatin Pasca Banjir anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Program ini telah berlangsung selama tiga hari dari 18 Februari 2022 hingga hari ini di tiga kawasan iaitu di Simpang Durian, Chennah dan Kuala Klawang.
Menurut Penolong Pengarah JPN Negeri Sembilan, Amirrulaizan Abdul Ahmad Program MEKAR JPN merupakan satu program turun padang untuk urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad, dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang
upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan terkini kepada mangsa banjir untuk memudahkan urusan mereka.
Segala urusan di Program MEKAR Prihatin Pasca Banjir JPN ini adalah percuma.Ramai mangsa banjir yang memanfaatkan peluang ini untuk menukar dokumen pengenalan diri mereka yang rosak akibat banjir yang berlaku Disember lepas.
-ZS-