Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Abu Hassan (Sik)
SIK, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah, Dato’ Hajah Siti Aishah Ghazali berharap agar program keislaman terus disuburkan ke peringkat akar umbi dalam usaha menangani isu gejala sosial khususnya dalam kalangan generasi muda.
Jelasnya lagi, dengan berpandukan kepada ajaran agama membolehkan manusia menyedari antara yang benar dan batil. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin.
“Usaha mengatasi gejala sosial ini perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak. Anggota masyarakat juga perlu menyedari tanggungjawab masing-masing dalam menjaga nama baik keluarga, masyarakat dan negara.
-ZS-