Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program SMART SBB Tambah Pendapatan Pesawah

By 22 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)

TANJONG KARANG, 22 Feb (MalaysiaAktif) – Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang disertai 3,811 pesawah berjaya menambah pendapatan sehingga 180 peratus.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, SMART SBB merupakan program penyatuan tanah sawah dengan pengurusan secara berskala besar dan berpusat.

Katanya, SMART SBB merupakan satu dasar baharu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan beras negara.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja bersama pesawah di Tali Air 3, Sungai Burong, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda