
Laporan/foto: Zayana Isa/Hafiz Khaironm
KUANTAN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Rakyat menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan Jualan Keluarga Malaysia dan mahu ianya diteruskan.
Rata-rata pengunjung yang ditemui di pasar raya yang terlibat dengan program jualan ini berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan kerana melalui Jualan Keluarga Malaysia ini mereka dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan.
“Seelok-eloknya jualan ini dibuat setiap bulan kerana ia membantu kami mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan tambahan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu,” kata seorang pengunjung Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Raya Nirwana, di sini, hari ini.
-ZS-