Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Buku Liku-liku Pertemuan Baling di Lancarkan oleh Menteri Besar Kedah

By 27 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Rashidi Che Sa (Baling)

BALING, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Buku hasil penulisan Mejar (B) Dr. Nor Ibrahim Sulaiman ini memaparkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman ketika berhadapan dengan tentangan British terhadap saranannya untuk melaksanakan program pengampunan dan bertemu dengan Chin Peng.

“Saya amat menyanjung tinggi penulisan dan penerbitan buku ini kerana ia begitu penting dan bermanfaat kepada masyarakat negara ini,” ujar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika hadir melancarkan Buku Liku-liku Pertemuan Baling anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Kenangan Tun Abd Razak Baling hari ini.

Buku ini adalah dari tesis yang sukar difahami dan diolah dalam bahasa yang mudah agar pembaca mendapat maklumat yang jelas dan sahih tentang peristiwa yang berlaku di daerah Baling pada tahun 1955.

-ZS-

Tinggalkan komen anda