
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/ Wan Hazlan Wan Ali (Pahang)
TEMERLOH, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Siapa sangka idea menghasilkan aiskrim vanila yang ditanam sendiri membuahkan hasil apabila ia menjadi bualan warganet selepas tular di media sosial.
Idea itu dicetuskan sendiri oleh pemilik Amani Vanila Temerloh Mohamad Feisal Mohamed Norawi, 39, yang mengusahakan tanaman pokok vanila di tanah seluas 1.2 hektar milik keluarganya.
“Semasa PKP tahun lepas, timbul idea untuk hasilkan aiskrim daripada vanila yang ditanam sendiri dan tak sangka ia mendapat sambutan luar biasa selepas salah seorang pengunjung memuatnaik kandungan di media sosial dan ia menjadi tular,” kata Feisal.
-ZS-