Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Melaka)/FB Ketua Menteri Melaka
AYER KEROH, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan RM500 juta pelaburan masuk ke negeri ini sepanjang tempoh penyertaan di Expo Dubai 2020.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali ketika ditemui menyatakan pengisian program Dubai EXPO 2020 – Melaka Week adalah berdasarkan visi negeri ini iaitu “Menuju Negeri Lestari”, mempamerkan inisiatif M-WEZ sebagai kawasan pembangunan,destinasi mesra pelaburan, sektor IKS, mempromosikan Smart Melaka Blueprint 2035, strategi sektor pertanian dan pengurusan sumber air.
“Expo ini merupakan expo ketiga terbesar di dunia dari segi skala penganjurannya selepas Sukan Olimpik dan Piala Dunia dan berlangsung selama 6 bulan dari bulan Oktober 2021 sehingga Mac 2022,” ujarnya.
-ZS-