Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

YTM Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Kekal Sebagai Presiden PBNS

By 18 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan sempena Kongres PBNS ke-88.

Turut menang tanpa bertanding Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik yang kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PBNS.

Tunku Syed Razman dalam ucapannya berkata, fokus PBNS kini lebih terarah kepada aspek pembangunan akar umbi, tadbir urus dan pengurusan pertandingan selepas berlaku pemisahan tanggungjawab antara persatuan bolasepak (FA) dan kelab bolasepak (FC).

-ZS-

Tinggalkan komen anda