Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tunggu dan Lihat Dahulu Sebelum Ambil Dos Penggalak

By 26 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Jabatan Penerangan Negeri Perak

BATU KURAU, 25 FEB (Malaysiaaktif) – “Masih ramai yang memilih untuk tidak mahu mendapatkan vaksinasi dos penggalak dengan mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu” ujar Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama, Dr. Noor Afiqah Abdul Wahab.

Antara initipati taklimat ringkas berkaitan kebaikkan dos penggalak dapat mencapai ‘herd immunity’ dengan cepat dan mengurangkan risiko sekiranya terkena jangkitan COVID-19, kepada ketua-ketua Jabatan, Pemimpin Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Batu Kurau dekat sini, sempena Program Info On Wheels : Bajet 2022 & Dos Penggalak di Chalet Latip D’ Ayer Itam, Batu Kurau baru-baru ini.

Turut berlangsung Taklimat Bajet 2022 yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama, Lizza Imelia M.Sulanah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda