Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Syed Mohd Muda (Pahang)
KUANTAN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Kuantan menyambut baik Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) apabila setiap hari hampir 98 hingga 99 Peratus pelajar daripada pelbagai sekolah daerah Kuantan hadir menerima suntikan vaksinasi di pusat membeli belah Kuantan City Mall (KCM).
Menurut Pengurus Pusat Vaksinasi PICKids KCM , Muhammad Zulhaiqal Asyraf Jazlan sambutan yang diterima bagi program ini amat memberangsangkan sejak ia dibuka pada 14 Januari lalu kerana ibu bapa telah mula timbul kesedaran untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada anak-anak di mana golongan kanak-kanak adalah antara yang berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19.
“Saya menyeru kepada ibu bapa yang masih ragu-ragu untuk mendaftarkan anak-anak dalam program PICKids ini untuk segera mendaftar kerana perlindungan mereka tidak cukup hanya dengan menjaga SOP, mereka perlukan suntikan vaksinasi ini untuk meningkatan sistem imuniti badan untuk mencegah jangkitan Covid-19 ini,” tambah beliau.
-ZS-