Laporan/foto: Asmidar Zainol/Merusin Minuddin
KOTA KINABALU, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 350 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan agensi-agensi keselamatan menyertai Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat ke-8.
Program yang dilaksanakan di salah sebuah pusat membeli belah di sini, pada Rabu dianjurkan bagi menambah bekalan darah dan memastikan ianya mencukupi sepanjang bulan Ramadan nanti.
Turut berlangsung adalah pameran mengenai cabaran anggota tentera di dalam hutan, klinik pergigian bergerak, kaunter saringan kesihatan dan pameran pakaian seragam anggota TDM.
Selain itu, pendaftaran Askar Wataniah dibuka bagi masyarakat berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menyertai badan beruniform dan dalam masa yang sama boleh meneruskan pekerjaan seharian mereka.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan penyertaan sebagai askar wataniah, orang ramai boleh menghubungi Regimen 507 (AW) di talian 088-212 620 atau 088- 212 628.
-ZS-