Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan program Gotong Royong Mega semalam,dengan melaksanakan pembersihan di lima lokasi tumpuan ramai di Langkawi, seperti Jambatan Sungai Kuah, Taman Legenda, Dataran Lang,Taman Chogm dan Tangga Lang di Gunung Raya.
Program ini disertai seramai 250 peserta dari 14 agensi yang mana di ketuai oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata matlamat utama pelaksanaan program ini adalah bagi menjaga kebersihan Pulau Langkawi supaya sentiasa bersih.
Nasaruddin juga berkata aktiviti gotong royong ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dan penduduk setempat, ianya selari dengan pengiktirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) yang mementingkan kelestarian alam sekitar disamping menjadikan Langkawi sebagai ‘Low Carbon Island’ yang pertama di negara ini.
-ZS-