Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Politeknik Port Dickson
PORT DICKSON, 31 Mac (Malaysiaaktif) – 71 peserta Tahap Gangsa dan lima peserta Tahap Perak telah menerima pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Politeknik Port Dickson (PPD), di sini semalam.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Noorulhuda Haji Abdul Rahman berkata, program ARPRM merupakan program pengiktirafan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan mereka.
“Pejabat Belia dan Sukan negeri dan daerah amat komited memastikan keaktifan dan penyertaan belia dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan. Secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai lagi pelajar terlibat secara serius serta berterusan dengan aktiviti yang bermanfaat,” ujarnya.
ARPRM terbuka kepada semua remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina, agama, budaya, kemampuan fizikal dan mental.
-ZS-