Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

APMM Labuan Lakukan Pemindahan Kecemasan Kru Kapal

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Zon Maritim Labuan

LABUAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ZonMaritim Labuan melaksanakan bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Labuan.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh, pada jam lebih kurang 11.35 malam, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima panggilan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut yang memaklumkan seorang kru kapal tersebut memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat untuk menerima rawatan akibat dari apendiks.

“Bot Kilat 40 telah memberikan bantuan kecemasan bagi memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh seterusnya dibawa ke Jeti ZonMaritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti.

“Sebarang kecemasan di laut, boleh terus disalurkan melalui talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda