Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang Dijangka Dibuka Pertengahan Tahun Ini

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kuan Tat Seng

GEORGETOWN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Transit Gelandangan yang terletak di No. 19 Jalan C. Y. Choy dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun ini.

Pusat ini dibina bagi membantu dan memelihara kebajikan golongan gelandangan di sekitar Georgetown.

Pusat transit gelandangan ini dilengkapi dengan 88 katil dan ianya merupakan sebuah pusat komuniti yang mesra kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan dobi.

Aktivis Sosial, Nasir Mohideen turut memaklumkan bahawa pusat transit seperti ini dilihat mampu membendung dan menangani isu gelandangan yang sering dikaitkan dengan masalah kebersihan, keselamatan dan boleh menjejaskan imej Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

-ZS-

Tinggalkan komen anda