Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rambang Mata di Kedai Kuih Lajau

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 14 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Para pelanggan yang datang ke Gerai Kuih-Muih Mimit Mulok atau lebih dikenali penduduk setempat dengan ā€˜Kedai Kuih Lajauā€™ akan rambang mata melihat pelbagai jenis kuih-muih tempatan yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Kebanyakan kuihā€“muih masih dijual dengan harga seringgit sebungkus yang mempunyai tiga ke empat biji kuih di dalamnya. Antara kuih-muih tradisi yang dijual adalah kelupis, wajid, pais manis, punjung dan kuih lapis.

Selain itu pelbagai makanan lain seperti nasi lemak, nasi kuning, bubur nasi dan mee goreng turut menanti para pengunjung yang datang seawal jam 6.30 pagi.

Kedai Kuih Lajau menjadi tumpuan warga setempat yang ingin mendapatkan sarapan pagi dengan harga yang berpatutan selain mampu menjana pendapatan masyarakat kampung yang membuat kuih atau juadah sarapan pagi.

Pengunjung yang datang lewat lazimnya akan berputih mata kerana kebanyakan jualan akan habis menjelang jam 7.30 pagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda