Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bekas Pelajar UUM Hulur Sumbangan untuk Mangsa Banjir

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 35 buah keluarga di Sri Muda, di sini menerima sumbangan daripada bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 2000 (Projek 30).

Wakilnya, Shahitharan Prabagaran, berkata penerima merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom Shah Alam daripada keluarga berpendapatan rendah menerima peralatan sekolah bernilai RM100.

Katanya, diharapkan bantuan itu dapat membantu mengurangkan beban keluarga yang menghadapi dugaan tersebut pada Disember tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi bantuan ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda