Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Hari Seniman Negara yang disambut semalam, mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif yang terlibat dalam bidang seni.
Selain meningkatkan kesedaran dan apresiasi masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki jati diri serta menghargai seni budaya negara tanpa mengira bangsa khususnya ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.
Menurut Pangarah Penerangan Negeri Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah, pelbagai pengisian dilaksanakan antaranya bacaan doa selamat dan tahlil, Konvoi Ziarah Kasih dan penyampaian bakul makanan.
“Sumbangan seniman amat besar dalam mendidik masyarakat pada hari ini, sebagai contoh filem-filem Tan Sri P. Ramlee yang banyak mendidik budaya Keluarga Malaysia dan nilai-nilai hormat-menghormati dalam setiap lakonan dan arahan beliau,” ujar Shahrom.
-ZS-