Laporan/foto: Fasharina Kholi/Norhasimah Md Naam (Sik)
SIK, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) terus mendapat sambutan apabila jumlah pemberian vaksin harian menunjukkan peningkatan.
Menurut Ketua Jurusuntik Vaksin Hospital Sik, Norhasimah Md Naam, PICKids yang diwujudkan bagi melindungi kanak-kanak daripada Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C), Long COVID-19 yang disebabkan jangkitan COVID-19.
Jelasnya lagi, PICKids amat penting bagi memastikan liputan vaksin yang tinggi di samping memastikan kelancaran peralihan ke fasa endemik.
“Justeru itu, ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan aktiviti harian dan persekolahan seperti biasa,” katanya.
-ZS-