Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Koleksi Barangan Tembaga, dari Hobi ke Pendapatan Sampingan

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 30 Mac – Bermula dari hobi serta minat yang mendalam terhadap barangan tembaga, mendorong Sinjakoon Abdul Aziz Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Aziz untuk mengusahakan perniagaan berasaskan barangan tersebut.

Menurut Pak Aziz, barangan lama seperti ini mempunyai nilai sentimental tersendiri apatah lagi warnanya yang menarik mampu memukau peminat barangan tembaga.

“Saya tidak kisah mengeluarkan modal untuk membeli dan mengumpulnya sejak 15 tahun lalu dan mempunyai lebih daripada 100 koleksi barangan tembaga.

Jelasnya lagi, antara koleksi kesayangannya adalah gelang lengan serta keris lama namun tidak keberatan menjualnya jika ditawarkan dengan harga yang memuaskan.

“Barang tembaga ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan mendapat permintaan tinggi daripada peminat barangan antik, vintaj dan klasik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda