Laporan/foto: Masitah Binti Mat Zin (Seremban)/Muhammad Luqmanul Hakim
SEREMBAN, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-232 Peringkat Penjara Negeri Sembilan telah diadakan di NSK Trade City Seremban 2 semalam.
Tema sambutan pada tahun ini adalah Memperkasa Komuniti Koreksional dan merupakan tema yang bertepatan dengan situasi semasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara(Pemasyarakatan). Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara Tuan Hj. Zawari bin Abd Rashid Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penolong Kanan Komisioner Tuan Abd Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Penguatkuasa MBS dan Pegawai-Pegawai penjara.
Terdapat pelbagai gerai yang diusahakan oleh para banduan seperti gunting rambut, urutan kaki, jualan barangan kraf, pengubahsuaian pakaian dan pelbagai lagi.
-ZS-