Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gelombang Digital Ubah Gaya Hidup Masyarakat

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salwa Abd Razak/Farhana Azlin Lajis (Langkawi)

LANGKAWI, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Romani Wan Salin telah merasmikan Program Pemukiman Ahli Jawatankuasa, AJK Media Se-Malaysia, di sini semalam.

Menurutnya, pemahaman era digital sekarang wajar di beri perhatian, memandangkan gelombang digital kini terus membadai masyarakat sejagat mencapai sekala yang tidak tercapai sebelum ini, dan telah merubah sama sekali gaya hidup masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

“Penguasaan teknologi digital, merupakan kunci untuk negara mengatasi batasan produktiviti, sekaligus ekonomi Malaysia.

“Keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara, ujar beliau lagi,” katanya lagi.

Program ini telah dihadiri oleh para pengamal media daripada sepuluh buah negeri termasuk negeri Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda