Laporan/foto: Saberiya Patiroi/BSMM Tuaran
TUARAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tuaran berjaya mengutip 55 beg darah dalam kempen derma darah yang diadakan di bangunan BSMM Tuaran, baru-baru ini.
Pengerusinya, Junaidy Azamain berkata, program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang itu berjaya mendaftarkan seramai 64 orang penderma.
“Manfaat buat penderma adalah merangsang penghasilan sel-sel darah baharu seterusnya mengekalkan kecergasan badan,” katanya.
Kempen pada kali ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat Selatan, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Unit Perubatan Tranfusi Darah Hospital Tuaran, Majlis Belia Sabah serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
-ZS-