Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KEBAL Adakan Lawatan Kerja ke MBM

By 1 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/KEBAL

LABUAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) mengadakan lawatan kerja ke Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur.

Rombongan yang diketuai Timbalan Pengerusi KEBAL, Waan Matsalleh itu bagi membincangkan mengenai struktur organisasi pertubuhan serta bertukar pandangan bagi memantapkan lagi sistem pengurusan dalam melahirkan golongan belia yang aktif, berdisiplin dan progresif.

“Antaranya melibatkan golongan berkenaan dalam pelbagai program kesukarelaan, pendedahan mengenai peluang pekerjaan selain mengulas mengenai transisi had umur belia.

“Ini kerana belia juga berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara yang meliputi segala aspek termasuklah politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Naib Presiden 1 Majlis Belia Labuan (MBL), Mohammadthir Malik dan Bendahari Kehormat MBL yang juga Naib Pengerusi 2 KEBAL, Noor Azila Saftu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda