
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2022 di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang di sini, pada Isnin.
Menurut Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis (JPNPs) Hafizuddin Othman, pengeluaran mangga Harumanis tahun ini dianggarkan sebanyak 1,427 metrik tan dengan anggaran nilai jualan RM38.53 juta.
Pelanggan di luar negeri Perlis boleh membuat pembelian dalam talian menggunakan platform e-dagang Maybank2u, aplikasi AirAsia atau https:airasia.com/grocererimy, Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Agro Bazaar Online dan Portal e-Bayar Perlis.
-ZS-