Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ke Arah Normalisasi dalam Mendepani Virus Omicron COVID-19

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Bt Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai penggerak utama adalah bertujuan membudayakan hidup sihat serta melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia yang menjadikan kita sihat sejahtera sepanjang hayat.

Sejajar dengan saranan kerajaan sempena ANMS, Pejabat Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Program Sesi Town Hall berkaitan ancaman virus Omicron COVID-19. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pagi tadi.

Peserta program turut didedahkan dengan pengetahuan tentang self awareness akan kepentingan vaksin, booster, amalan 3W iaitu wash, wear dan warn dan elakkan 3C iaitu kawasan yang sesak (crowded place), kawasan sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation).

-ZS-

Tinggalkan komen anda