Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sukarelawan Wanita APM Luar Biasa

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azuraini Abd Majid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Malaysiaaktif) – ‘Luar biasa’, itulah ungkapan untuk Lans Koperal (PA) Fatin Nurain Kamaruzaman, anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Lumpur.

Beliau yang telah ‘bersama’ APM sejak 2012 menjadikan tugasan sukarelawan sebagai wadah untuk berkongsi ilmu dan menabur bakti kepada masyarakat.

Bukan sahaja tugasan menangkap binatang berbisa, memadam kebakaran, menyelamat mangsa lemas malahan mampu memandu ambulans ke lokasi bencana.

Ternyata, beliau bukan sahaja mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi malah khidmat beliau setanding pegawai dan anggota lelaki APM lain.

Keberanian dan keyakinan diri beliau yang tidak kekok dalam melaksanakan semua tugasan menyelamat dan lasak seharusnya dipuji.

-ZS-

Tinggalkan komen anda