Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Peladang Hargai Peladang Jasin

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Peladang Peringkat Daerah Jasin bagi tahun 2022 telah diadakan di Ladang Jagung Solok Komong yang telah dirasmikan oleh Datuk Khaidirah Abu Zahar, Timbalan Speaker Negeri Melaka.

Program itu telah dimulakan dengan kursus cara membasuh bekas racun 3 kali yang telah dilaksanakan oleh Pegawai Pertanian Daerah Jasin kepada para peladang yang hadir.

Perasmian telah dijalankan oleh Datuk Khaidirah Abu Zahar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim itu telah diiringi oleh Rosli Aziz, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan Badrul Hisham Mohd Yusof, Pengerusi Koperasi Ladang Solok Komong Sdn Bhd.

Datuk Dira juga telah menyampaikan sumbangan kepada para peladang yang terlibat dengan banjir berjumlah RM44,250 dan juga geran Agropenuer Muda kepada Mohd Zulfiqry.

-ZS-
[3/27, 14:51] Papa ???: PM Rasmi Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan

Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)

BERA, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Taman Awam Bera, di sini, semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan berkenaan antaranya pelancaran buku ‘Air dan Pembentungan di Malaysia, Anugerah Tesis Terbaik Peringkat Kebangsaan kepada siswazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah, Anugerah ‘Wira Air’ dan banyak lagi.

Turut hadir Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Setiausaha, Datuk Sri Ir Dr Zaini Ujang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda