Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Abdul Aziz (Marang)/Unit Media DUN Bukit Payong
MARANG, 27 Mac ( Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Karnival Tahun Semarak Dakwah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan telah diadakan baru-baru ini bertujuan untuk menggerakkan kerja-kerja usaha dakwah serta menyemarakkan dakwah khususnya di DUN Pengkalan Berangan.
Program anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan ini diserikan lagi dengan Slot Bual Bicara Al-Quds bersama Tuan Nadir An-Nuri yang bertajuk ‘Al-Quds Tanggungjawab Ummah’ bertempat di Masjid Jambu Bongkok, Marang.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.
-ZS-