Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Usaha Strategik MBMB Aktif Ruang Awam Sungai Melaka Menerusi ‘RIVER LIGHTS’

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum (Melaka)

MELAKA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Projek Lights di Melaka merupakan inisiatif lanjutan daripada program Art In The City oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan Kerjasama Think City.

Projek ini adalah kesinambungan menghidupkan bandar melalui seni awam dan persembahan serta Taman SDG’s Sungai Melaka (Fasa 2) dipilih untuk menampilkan seni yang memberikan ekspresi kontemporari masa kini.

Usaha ini adalah bertujuan untuk memulihkan sektor seni budaya pasca COVID-19 dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan tidak lain tidak bukan untuk membantu memulihkan ekonomi kreatif negara.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, P Shanmugam Pitchay hadir merasmikan program mewakili Ketua Menteri Melaka malam tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda