Laporan/foto: Noor Suraya Zainal
GEORGETOWN, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia yang berlangsung di Perkarangan Tanah Lapang berhampiran Flat Taman Serina, Sungai Pinang mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh penduduk setempat.
Jualan Keluarga Malaysia itu telah menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.
Pengerusi KRT Taman Serina, Ameen Aboo Baida memaklumkan bahawa program seperti itu membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 selain menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak dalam mendapatkan keperluan barangan harian.
-ZS-