Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

High School BM Sekolah Aliran Inggeris Tertua

By 10 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria

BUKIT MERTAJAM, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam atau lebih dikenali sebagai High School BM telah ditubuhkan pada tahun 1927.

Ianya terletak di Jalan Seri Bukit dan berhampiran dengan Bukit DO. Sekolah ini merupakan sekolah aliran Inggeris yang tertua di Seberang Perai dan salah sebuah sekolah Premier di Pulau Pinang.

Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh dan pemimpin negara seperti  Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Dato Seri Haji Mohd Shariff Omar,  Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim serta ramai lagi.

Para pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial dan kaum sekaligus menjadikan sekolah ini antara pilihan untuk menyambung pendidikan di peringkat menengah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda