Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Berbasikal Pemangkin Peningkatan Pelancong ke Negeri Melaka

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain/Melaka Hari Ini

ALOR GAJAH, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Gegau Melaka Gegau 2.0 merupakan program kayuhan basikal sejauh 30 km di daerah Alor Gajah yang telah dilancarkan di Kompleks JAPERUN Rembia.

Penganjuran kali kedua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama MAYC Bukit Katil.

Pada tahun ini peserta dihadkan seramai 500 orang peserta bagi mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran penularan COVID-19.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mempromosikan negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dilawati selaras dengan hasrat kerajaan negeri Melaka menarik kehadiran 5.6 juta pelancong pada tahun ini.

Program ini juga dilaksanakan bagi menarik lebih ramai belia di negeri Melaka mahupun luar untuk mengikuti aktiviti bersukan dan sihat. Acara ini telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Kerajaan negeri Melaka berharap agar penganjuran Gegau Melaka Gegau 2.0 ini dapat merancakkan lagi industri pelancongan negeri Melaka disamping menarik lebih ramai pengunjung yang datang berkunjung ke negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda