Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tukang Jahit Pakai Baju Batik Setiap Hari

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Kerjaya sebagai tukang jahit tidak menjadi penghalang buat Lim Soo Chey, 65, bagi memakai baju batik setiap hari sejak 35 tahun lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle OG merupakan seorang tukang jahit yang dikenali di Kampung Air, Kota Kinabalu.

Dimaklumkan, beliau akan menjahit lima pasang baju batik setahun untuk dirinya sendiri, dan kini beliau mempunyai kira-kira 175 helai koleksi di rumahnya.

Menurutnya, beliau amat menggemari baju batik kerana corak-coraknya yang menarik serta berwarna-warni.

Tambahan pula, pelanggan beliau ramai terdiri daripada orang kenamaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang memerlukan beliau sentiasa tampil kemas dan rapi sepanjang masa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda